Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh dilaksanakan di negeri-negeri yang sedang di bawah PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan jika berlaku peningkatan mendadak kes COVID-19 di negeri-negeri berkenaan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat negeri yang sebelum ini dilaksanakan PKPB, namun telah dikenakan PKP ketika ini kerana berlaku peningkatan kes.